Thursday, April 21, 2011

betu ker??

aku mcm xcye je pasal milo n sardin yg dieorg dok share2 kat facebook ne. kalo btl ape yg dikatekan kat artikel tu nape jabatan agama still nak bagi lesen kat company tu untuk beroperasi?? nape xde tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

benda ne betul ke ataw ade org yg saje2 nak menjatuhkan sesetengah pihak yang terlibat aku xpasti tp yg aku nampak die seperti menjatuhkan pihak lain. aku bukan yer anti barangan malaysia ataw islam tp ade mase kt kena bijak berfikir n yakin.

kalo barang ko nak beli tu dah ade tanda halal xpyh la nak ragu2 nak beli n mkn sbb comform la benda tu dah comform blh mkn dan lagi 1 kalo perasan la ade benda yang xde halal tp benda yang digunekan barang organik n buah buahan xkan haram jugak kot??

come on la, xpyh la nak menjatuhkan org lain kalo nak maju. tlng bagun yer n bukak mate besar2 setiap kali bagun tido n fikir mcm mane nak majukan diri bukan pagi2 bagun fikir mcm manjatuhkan menjatuh org lain.

aku rase selagi keyakinan ade n x was2 xde masalah kot..

Monday, April 18, 2011

24 D

agak-agak la kan ape ek 24 D ne?? guest-guest??

teruk nyer, kuning ek otak korang ne aku bukan ckp pasal saiz breast la ooopppssss terkasar sudah lantak la. 24 D ne sebenarnya D24 gred durian la aku saje je terbalikkan huruf gan angka tu. hehehe teperanjat ke atau fikir benda lain.

semalam ge mkn durian kat tepi jalan yang nak ke sri kembangan mmg sedap gile D 24 la katekan. isi die mmg kuning masak sedap gile tp xtahan dengan harga die 1kg Rm14 durian yg aku ambik tu 1.2kg RM 16.80 tp tawkey tu kire 16 je. aku ok je sbb sedap tp si tangkai tu la uat muka la pula mahal la katekan kalo nak taw die sampai xmkn sbb makan sgt sape lagi yang habiskan aku la jawap yer.. mmg mantap n sedap gile





Movie : Senjakala

senjakala?? tajuk mcm dah sedap tp tu la cite xseram sgt. aku jadi takut pun sbb tguk tgh mlm berani konon tgh mlm tp sbnarnye pengecut dah nama pun bungekan.


hahahhaa ade kul 10.15pm tp belagak nak tguk kul 12.15am ne semua gara2 tangkai la mls nak balik sarang die aku yg jadi sasaran die tp aku xkesah kalo aku die jadikan sasaran tp jgn pompuan lain yg die jadikan sasaran. start kul 12.15 habis dlm 1.45 kejap je kan mcm xbebaloi btl tp nak uat mcm mane sbb tangkai nak tguk sgt cite tu tp pakse la turutkan.


kalo bukan kt yg dermakan uit kat dieorg nati xde lak cite baru kan so mari kt beramai2 derma kat pengarah2 kat luar sane n bagi dieorg semagat baru untuk uat cite yg lagi best n seram.

Friday, April 15, 2011

mmg bengap

baik ..... centre or ........ operator mmg dua2 ne bengap xfhm ape yg customer nak. xke bodoh name yer kalo customer dah ckp cepatkan date bill tu untuk uat pembayaran tp yg si bengap ne kat ..... center ckp ok sy dah uat lepas bill akan keluar pada setiap 7hb pastu skrg ape cite ngok? bukan cepatkan bill tp makin lewatkan bill ade la.


yg si operator ne pula dah la aku bagitaw benda yg same tp blh die ckp ne mkn mase 3 hari untuk proses cik, lepas 3 ari cik call balik untuk comformkan yg permohonan cik tu sudah dilaksanakan tp hamper, eeeeeeeeeee geram gan line ...... dah la tunggu lama nombor giliran untuk jumpe operator pastu tup tup last minit skrg result die hampeh mcm sial. sok aku ge ....... centre balik mmg kena kaw kaw la gan aku, tahan la yer telinga korang wahai si operator2 bengap yg ade kat ...... center tu.


aku malas nak ckp yg aku gune line ape natikan aku lak yg kena saman dah la skrg org suke saman menyaman nak dpt uit cepat dengan cara mudah la kate kan so kt ckp lebih sikit je (w'pun benda tu btl) pun kena saman. so untuk keselamatan baik aku senseat sikit mulut aku yg agak celupar tp aku celupar sikit. hehehehe.


p/s: kali ne kalo tangkai nak mrh ke, suruh aku jage ckp sorry not this time coz bunge mmg dah mrh tahan gaban dah. bukan ape, tangkai ne kalo kat belakang bukan main mrh n ckp mcm2 lagi tp kalo dah sampai kat ...... center mula la uat muka baik. menyampah den :-) but 143 la syg

Tuesday, April 12, 2011

sayang..:-(

assalammualaikum semua, lame gile xupdate blog tp masib baik x gile aku bukan xnak update tp malas nak update hehehe. ok la, aku nak ckp pasal benda sedih ne..sedih sgt2 taw, wekkkwekkk

benda ne berlaku ari ne kejap je td, sedih yer nak cite huhuhu. disebabkan korang aku tabahkan hati cite kat korang ek. mcm ne, aku masuk toilet td jgn tnye toilet mane ek dah comform la toilet opis..ok, ok serius ek, time aku nak masuk mase kat pintu toilet tu la aku dgr bunyi air, bunyi die mcm bunyi air terjun gitu la, kuat, dlm hati pelik gak kan nape bunyi air kuat sgt bila dah masuk toilet rupe2 flash air kat toilet nombor 2 tu rosak. blh lak pulak flash air tu termasuk ke dalam so, air 24 hour mengalir je la.

tp masalah yer flash tu automatik bukan nyer kena tekan or tarik sbb die dah ade senset pelik2 sape la agak nyer hamba Allah yg dah bertukar jadi 'the hulk' kan..mesti time die nak tekan tu die ckp 'bertukar' mcm dlm cartoon tu..aku saje je tulis title mcm tu, hehehehe nasib baik la ade org bila aku bukak pintu toilet tu kalo x, jgn harap aku ak masuk toilet tgu sampai org lain nak masuk gak

Friday, April 8, 2011

jage-jage..

email ne aku dpt dari bos aku sendiri, sbenarnya aku tkt nak beli telur dah bila bace email ne.. korang lyn la email ne ek..

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

kredit: en. hisyamuddin,
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.

Friday, April 1, 2011

spirit baru..

ermmm xtaw la nak cite mcm mane perasan ne, (mcm dpt durian runtuh je kan)

sebulan aku keja dtg keja punch card+mkn+main internet+tido time lunch+punch card time balik keja. dah mcm tu bos tenguk pun xsenang duduk sbb dieorg ade keja tp anak buah die xde keja, hahaha..untungkan dpt bos mcm tu. 1/4/2011 mula masuk unit baru tp tempat duduk lak aduhai, kalo korang nak taun aku baru 2 taun keja tp dah 2 kali kena tukar tempat duduk n ne kali ke 3 tu kalo tempat duduk. nak uat mcm mane dah bos suruh so tukar je la kan. saya yang menurut perintah la kate kan. tu je kot aku nak ckp tp untuk pengetahuan korang w'pun aku dah taw tempat duduk baru tp still xpindah lagi sbb ade barang kat meja tu. sedih pun ade sbb kena tukar unit tp nak uat mcm mane dah keja n ini la namanye keja. so lepas ne xleh time keja dah xleh main internet lagi dah time lunch je leh bukak facebook or ape2 yg berkaitan internet n peribadi, so sad. arahan KPP besar tu pangkat die. ok la nak ge mkn. mee goreng mamak 1. bye
Assalammualaikum, kelmarin aku ge kursus tajuk kursus tu mmg menginsafkan kite la tp input yg aku dpt korang nak taw ape:

Penceraman: blh la dikategorikan hensem

Tajuk: ibadah solat dlm pembentukan insan kamil (insaf ke cik bunge oooii)

Gaya penyampaian: menarik gile, mmg die ne suke uat lawak.

Minum pagi: macaroni yg pedas + nescafe yg manis mcm bagi org kena kencing manis + kuih seri muka sbb tu muka aku berseri 2 lepas mkn kuih tu je.

Makan tgh /ari: nasi putih ok + ayam masak lemak cili padi yg xde garam n tawar + sayur yg xde garam n terlampau masak + air sirap yg ok la

Minum ptg: smkn pun sbb mls n nak kejar bus (tkt bus ramai org mcm bus tu tak lalu lagi je time aku jalan nak g eke bus stop.hahaha)

Input: Input yg aku dpt sikit je sbb xfhm sgt lorat die. Tp kat sini aku nak kongsi input yg sikit tu hope blh insafkan n bukak mate korang bape penting ye solat (mcm ko solat 5 waktu, pe dah mabuk)

Cube korang ingat time takbirratul ihram? Ingat x?? Teruk yer korang ne kan padahal korang uat tiap kali solat. Xpe, xpe, xpe aku ingatkan ek, takbirratul ihram tu time korang angkat tangan lepas niat solat, ingat kan. Dato tu ckp dlm kajian sains kalo kt angkat tangan mcm tu kt membantu jantung untuk mengepam darah ke otak. so, Fhm kan xfhm korang pepandai la bace sampai fhm. Huhu

rukuk pula baik untuk buah pinggang die kire mcm excise untuk buah pinggang la.

Selalu solat tgh mlm untuk mencegah dari kena strok. Dato tu kate strok selalunya serang time tgh mlm kire dari jam 3pg-6pg so, lepas ne kena la rajin2kan badan yer cik bunge untuk solat tgh mlm. Huhu. dato tu yg ckp ek bukan aku.