Monday, July 18, 2011

akhirnya

haalooha, 9-17.7.2011 ade pesta floria kat depan opis aku taw
mmg best bangat..kali ne 4 kali aku ge tp taun lepas sekali je..
hahaha ok la kan ade peningkatan untuk taun ne..
mmg best la sbb tiap2 mlm ade bunga api n decoration dieorg untuk taun ne simple n cantik xmcm taun lepas crawded semacam je. mmg rugi la sape yg xge tu tp xpe taun depan ade lagi sbb aku ade nampak die tulis "selamat datang" n sblh lagi tu " jumpa ditaun 2012" itu menunjukkan taun depan ade lagi la kan but taw tema ape.

dah bebel mcm nenek baru nak cite tema pasal.
ok,tema taun ne "mawar untuk selamanya" last year xsilap aku orkid kot tp ade akak opis aku ckp rempah ratus xtaw la tp taun lepas gan taun orkid je yg byk.

ha! ye la taun lepas tema die rempah ratus sbb
decoration berlandaskan rempah ratus taun ne berlandaskan bunga ros btl la, btl la akak opis aku ckp tp orkid tu nape sesat ek?? sbb die yg byk org jual w'pun tema taun ne ros taw.
ade aku kesah btl3x

lupe la mlm ade bot berhias taw, ade 15 buah bot.

dah2 aku mls nak cite panjang2 sbb gambar pun ade xbape nak tangkapkan tp aku gan tangkai ade minat 1 pokok taw name die pokok rama-rama. pelik kan? pada aku pelik la sbb ne 1st time aku nampak pokok rama2 tu mula-mula xnak beli tp bila ge semalam n semalam lak last day tangkai lak lebih2 dari aku, murah la, cantik la..hahahahaha

last sekali aku beli 2 anak pokok rama-rama, 1 lagi tu xtaw la pokok ape tp cantik la pokok tu n tibe2 blh pulak tangkai dtg gan bwk lagi 1 anak pokok itu pun kaut jugak. 4 anak pokok same gan rm 30.00 ok x?? bankrap org yg jual gan ktorg tu..hahahaha time kasih yer bang sbb bgi murah kat ktorg

baru aku taw rupa2nya Bunga Ros (Mawar) mempunyai lebih 100 spesies dan kebanyakannya tumbuh di Asia dan hanya sebilangan kecil tumbuh di Eropah, Amerika Utara dan Afrika Utara. ia melambangkan keindahan dan menjadi pilihan ketika meraikan majlis istimewa.

Fakta menarik tentang ros:

- Perkataan rose berasal daripada perkataan Latin `rosa'
- Saiz bunga ros di Malaysia tidak sama dengan di Eropah kerana perbezaan cuaca
- Buah bunga ros dipanggil rose hip, yang berbentuk bulat, berwarna merah dan boleh dimakan
- Bunga ini menjadi lambang kepada cinta dan kecantikan

Simbol warna bunga ros:

- Merah : cinta, keberanian, penghargaan, romantik dan kehangatan
- Kuning : kegembiraan, kebahagiaan, kebebasan dan persahabatan
- Putih : penghormatan dan kesucian hati
- Merah jambu : kesyukuran dan bergaya
- Merah jambu pekat : terima kasih
- Merah jambu cair : sedih, simpati dan persahabatan
- Jingga : teruja dan bangga
- Biru : misteri, khayalan dan mengharapkan peluang baru
- Gabungan merah dan putih : penyatuan
- Gabungan merah dan kuning : setia, gembira

Kategori bunga ros:

1. Ros Liar (Wild Roses) menawarkan lebih 100 spesies, antaranya:
- Rosa Canina
- Rosa Rugosa
- Rosa Sericea
- Rosa Pimpinellifolia

2. Ros Taman Tradisi (Old Garden Rose). Ia wujud sebelum tahun 1867, iaitu sebelum kehadiran bunga ros Hybrid Tea yang pertama, Rosa La France, berasal dari Eropah dan Mediterranean. Bentuk bunganya unik dan harum. Antara kumpulan old garden roses yang popular adalah:
- Alba
- Centifolia
- Moss
- China
- Portland
- Damask

3. Ros Menjalar (Climbing Roses) Ia hidup menjalar pada pagar, rumah dan pergola. Antara kumpulan ros yang menjalar ialah:
- Climbing Old Brush
- Rosa Laevigata

4. Ros Taman Moden (Modern Garden Roses). Ia baka keturunan dari Old Garden Roses, yang merangkumi 2 kelompok iaitu:
- Floribunda
- Hybrid Te

kredit : putrajaya floria 2011


No comments: