Tuesday, August 2, 2011

belum lambat lagikan??

ermm kejap je dah 2 ari pose. pejam celik pejam celik nati dah nak raya. pose kali ne insyaAllah aku nak ge tarawih penuh la (byk dosa la katekan) kalo taun lepas ade gak tinggal2 tp w'pun tinggal aku uat sendiri kat umah taw but xsame la mcm kat surau. kalo kat surau best sbb imam tu bace ayat yg bukan selalu aku bace pastu pahala dapat 27kali ganda dari solat sorang diri n yg penting dpt bln pose ade bonus. tiap2 hari dpt bonus yg berlainan. insyaAllah solat dan amalan kt diterima Allah, Amin.

kat bwh ne bonus yg ko akan dpt kalo uat tarawih

Malam 1

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3

Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus
semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan
Al-Quran.

Malam 5

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid
Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu
Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa
orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam enentang musuh
ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi
Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10

Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14

datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15

Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.

Malam 16

Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam
Syurga.

Malam 17

Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18

Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20

Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23

Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25

Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26

Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27

Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:


“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

No comments: