Wednesday, December 28, 2011

Pemeriksaan Payudara Sendiri (SADARI)

SEBUT sahaja kanser pasti yang terbayang ialah kematian. Maklum sahaja penyakit berbahaya itu bukan sahaja datang secara senyap tetapi juga membiak dengan pantas. Berita baiknya, jika berjaya dikesan awal, kanser terutama kanser payu dara boleh dirawat dengan berkesan. Umum mengetahui kata kunci bagi kanser payu dara adalah pengesanan awal menyelamatkan nyawa.

Malah pengesanan awal yang dilakukan sendiri di rumah mampu mengurangkan risiko penyakit yang merbahaya itu. Menurut Fasilitator Majlis Kanser Negara (Makna) Habiba Abdul Rahman, pengesanan itu penting bagi menentukan tahap kesihatan payu dara seseorang malah ia juga mampu mengelakkan ia merebak ke peringkat yang lebih teruk.

"Pemeriksaan sendiri buah dada atau Breast Self Examination ( BSE) setiap bulan penting kerana pada peringkat awalnya bukan bertujuan mencari ketulan tetapi yang lebih utamanya ialah untuk mengenal bentuk, saiz serta teksturnya. "Dengan BSE sebulan sekali, kita akan menjadi lebih sensitif dengan apa yang normal dan tidak normal bahagian tubuh kita sendiri ,'' ujarnya ketika menyampaikan maklumat tentang pengesanan awal kanser payu dara di Petaling Jaya baru-baru ini.

Keadaan itu katanya, memudahkan untuk mengesan apa-apa perubahan atau kelainan yang mungkin berlaku pada bulan-bulan yang akan datang. Misalnya, tiba-tiba terasa kulit di bahagian atas payu dara, bersebelahan ketiak anda menebal.

"Sekiranya kita sudah biasa dengan bagaimana rupa bentuk dan rasanya sebelum ini, secara automatik kita akan tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan diri kita sendiri,'' katanya yang sudah beberapa tahun menjadi jurucakap Makna. Katanya, langkah melihat dan merasai boleh dilakukan dengan pemeriksaan sendiri iaitu belajar bagaimana mengenal pasti tanda-tanda permulaan kanser payu dara manakala bertindak dengan mengetahui apakah simptom barah itu dan tahu di mana hendak mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun katanya, pemeriksaan BSE amat mudah dan tidak menyakitkan seseorang. Malah ia hanya mengambil masa yang singkat untuk melakukan. Ditanya mengenai bilakah waktu sesuai yang boleh dibuat pemeriksaan itu, Habibah memberitahu, ia patut dilakukan dalam tempoh tiga hari selepas haid berakhir ataupun tujuh hingga 10 hari selepas bermulanya haid.

"Ketika itu adalah masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan memandangkan payu dara kita tidak bengkak dan sakit,'' ujarnya. Bagaimanapun bagi seseorang yang putus haid atau haid yang tidak menentu ataupun yang menjalani pembedahan histeraktomi (pembedahan buang rahim) pemeriksaan itu tetap boleh dilakukan.

Sebaliknya tetapkan satu hari bagi setiap bulan untuk membuat pemeriksaan itu dan pilihlah satu hari tertentu yang mudah diingat, contohnya tanggal pertama setiap bulan. Bagaimanapun katanya, kaum lelaki juga turut digalakkan untuk membuat pemeriksaan tersebut.

"Biarpun kaum Adam jarang mendapat kanser ini. Namun ia boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko terhadap penyakit tersebut,'' ujarnya lagi. Katanya, sekiranya terdapat kelainan pada payu dara seperti perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit, gumpalan, puting tersorot ke dalam mahupun terasa sakit pada payu dara segeralah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Tambahnya, amalkan pemeriksaan sendiri payu dara seperti yang disyorkan dan ketahuilah tentang payu dara sendiri.

"Pemeriksaan sendiri bukan sekadar untuk mencari gumpalan tetapi juga untuk memerhatikan sebarang perubahan yang mungkin berlaku," katanya.

    • Tahap 1
    • Gambar SADARI berdiri 1
      Melihat perubahan bentuk dan besarnya payudara, perubahan puting susu, serta kulit payudara di depan kaca. Sambil berdiri tegak depan cermin, posisi kedua lengan lurus ke bawah disamping badan.

    • Tahap 2
    • Gambar SADARI berdiri 2
      Periksa payudara dengan tangan diangkat di atas kepala. Dengan maksud untuk melihat retraksi kulit atau perlekatan tumor terhadap otot atau fascia dibawahnya.

    • Tahap 3
    • Gambar SADARI berdiri 3
      Berdiri tegak di depan cermin dengan tangan disamping kanan dan kiri. Miringkan badan ke kanan dan kiri untuk melihat perubahan pada payudara.

    • Tahap 4
    • Gambar SADARI berdiri 4
      Menegangkan otot-otot bagian dada dengan berkacak pinggang/ tangan menekan pinggul dimaksudkan untuk menegangkan otot di daerah axilla.

  1. Melihat Perubahan Bentuk Payudara Dengan Berbaring.
    • Tahap 1. Persiapan
    • Gambar SADARI berbaring 1
      Dimulai dari payudara kanan. Baring menghadap ke kiri dengan membengkokkan kedua lutut Anda. Letakkan bantal atau handuk mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikan bagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan Anda di bawah kepala. Gunakan tangan kiri Anda untuk memeriksa payudara kanan .Gunakan telapak jari-jari Anda untuk memeriksa sembarang benjolan atau penebalan. Periksa payudara Anda dengan menggunakan Vertical Strip dan Circular.

    • Tahap 2. Pemeriksaan Payudara dengan Vertical Strip Gambar SADARI berbaring 2
      Memeriksa seluruh bagian payudara dengan cara vertical, dari tulang selangka di bagian atas ke bra-line di bagian bawah, dan garis tengah antara kedua payudara ke garis tengah bagian ketiak Anda. Gunakan tangan kiri untuk mengawali pijatan pada ketiak. Kemudian putar dan tekan kuat untuk merasakan benjolan. Gerakkan tangan Anda perlahan-lahan ke bawah bra line dengan putaran ringan dan tekan kuat di setiap tempat. Di bagian bawah bra line, bergerak kurang lebih 2 cm kekiri dan terus ke arah atas menuju tulang selangka dengan memutar dan menekan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikuti pijatan dan meliputi seluruh bagian yang ditunjuk.
    • Tahap 3. Pemeriksaan Payudara dengan Cara Memutar.
    • Gambar SADARI berbaring 3
      Berawal dari bagian atas payudara Anda, buat putaran yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara dengan memperhatikan benjolan yang luar biasa. Buatlah sekurang-kurangnya tiga putaran kecil sampai ke puting payudara. Lakukan sebanyak 2 kali. Sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bagian bawah areola mammae.

    • Tahap 4. Pemeriksaan Cairan Di Puting Payudara.
    • Gambar SADARI berbaring 4
      Menggunakan kedua tangan, kemudian tekan payudara Anda untuk melihat adanya cairan abnormal dari puting payudara.

    • Tahap 5. Memeriksa Ketiak
    • Gambar SADARI berbaring 5
      Letakkan tangan kanan Anda ke samping dan rasakan ketiak Anda dengan teliti, apakah teraba benjolan abnormal atau tidak.

    Sumber : http://www.lusa.web.id & Utusan Malaysia

Friday, December 23, 2011

Aku jadi ustazah lak pulak....


Keberkatan surah al-ikhlas


Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan

membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a’lam

Thursday, December 22, 2011

Cara SELAMAT untuk sembunyikan passwoord

Assalammualaikum,



Hari ni aku nak ajar korang cara yang mudah, senang dan jimat untuk simpan password korang tak kiralah dekat facebook ke, twitter ke, untuk apa-apa jenis website yang memerlukan password.

cara pertama :


cara kedua :


cara ketiga :

ne kalo korang buat comform aku cakap bukan orang je tak nampak tapi hantu n pencuri pun takut tenguk...hahahaha.

kalo tak nak bagi orang tahu password kite pun agak-agak la kan..anywhere thanks kat member aku yang bagi email ne.

Wednesday, December 14, 2011

aduhai....hack


aku sedih sangat.....
tapi kenapa aku?
mengapa blog aku?
jawapanya semua dibawah ini......

adakah aku insan terpilih untuk mereka lakukan aku begini? ataupun aku memang ade silap klip? ape-ape pun think positif cik bunga, think positif......

entah sampai bila baru aku boleh edit desing blog aku sedih yer....kalau ada sesiapa yang tahu macam mana ataw kenapa blog aku jadi macam ne bagitaw yer...aku betul-betul buntu ne..tolonggggggg

Thursday, December 8, 2011

Watermark

Assalammualaikum,
yahooo.........akhirnya siap gak watermark aku selepas 2 hari aku bertungkus lumus buat. tak taw ape tu watermark? ish ish ish, korang search la kat google ape tu watermark ek mls aku nak ckp. aku buat watermark ne bukan apa sebab aku tenguk ramai blogger ade watermark sendiri so aku pun teringin ade. bila di search pasal watermark ne aku tguk ade blogger yang buat sendiri dan ade juga yang sanggup beli walaupun harga die murah je dalam RM3 hingga berapa aku tak taw la tapi pada aku baik buat sendiri sebab lebih puas hati la kata orang walaupun kurang cantik.

dulu watermark aku macam ne

biasa je kan




and now.......








aku bangga dengan diri aku..of course la kan...hahahahaha

Friday, December 2, 2011

2.12.2011










Facebook Pics

hahahaha, genap dah 24 umur aku ari ne, memang aku tak akan lupe peristiwa malam tadi, dalam pukul 7pm uncle black call cakap die nak datang tp sampai pukul 9.30pm die tak sampai pun. fon aku lak mcm cipan bila dekat umah je tak boleh call tapi sms boleh pulak, pelik betul.

time : 9.30 pm
uncle black : bunga, dah pukul 9.30 ne, nak jumpe ke?
aku: peh! menyirap je aku bace sms die, aku senang je jawap 'ikut la, kalau nak datang, datang la, tak kesah sebab dah kat pukul 10.00 dah ne'. tp dlm hati sedih sangat-sangat.

time : 10.30 pm
apesal die senyap je ne, try call tak jawap, sms tak reply, ape lagi finder je la senang, tup-tup, 'RM0.30 Friend Fiender: 017 740 xxxx is near ministry of finance, presint 2, wp putrajaya' biar betul!! cakap tak datang tapi nape kat presint 2 ne, 2 kali aku finder sama je maklumbalas yang aku dapat, pelik..
tak sampai 5minit uncle black call 'ha! turun la, dah kat bawah blok ne'. apa lagi kelam kabut la aku ciap n turun bawah

time : 11.15 pm
ge minum kat dapur mas
uncle black : ingat tak tempat first time kite jumpe?
aku : ermm, tak ingat la
uncle black : ok! jom

time : 11.45 pm
rupe-rupenya, perbadanan putrajaya tempat first kiteorg date, terukkan aku ne boleh lupe sebenarnya aku teka dah betul td cume view dari tempat ktorg duduk je aku salah cakap.

time: 11.55 pm
uncle black : nak beli hadiah tak sempat, ne je yang sempat beli untuk bunga, tutup mata cepat, jangan bukak taw sampai suruh bukak
aku: ok, ok..nak buat ape ne?
uncle black : jap la..

time : 12.05 pm
uncle black : ok dah boleh bukak mata dah
aku : Ya Allah, bila mase beli kek ne?
uncle black : shuttel kedai kek tu dah turun separuh lu taw tak , nasib baik akak tu bagi beli lagi. pastu sembunyikan kat tepi pokok.
aku : patut la, time finder td kat presint 2, time kasih syg, tak penah sambut befday macam ne..

ne la kek yang aku dapat
.
.
.
.
bukan ne tp..



ne pun bukan lor..(my favorite)



ya, ini dia..
memang terase coklat n chese die walaupun aku tak boleh telan, aku tetap telan gak sebab uncle black dah beli dengan penuh kasih sayang semata-mata untuk bunga tersyg die, so harus la makan