Monday, February 20, 2012

Dulu + Kini

Assalammualaikum...
korang ape cer?
sihat?
Alhamdulillah. ari ne aku nak share something yang ex-bos aku email kat aku 1 opis la, bukan ko je perasan yer..













faham tak?
tak faham? alamak!!!
ok-ok, kalau tak faham cuba korang tenguk betul-betul gambar tu semua balik
sekarang comform korang fahamkan...

Friday, February 10, 2012

i tak rela tapi terpaksa....


Assalammualaikum
saya tidak rela tapi apakan daya terpaksa jua saya lakukan..hehe


Thursday, February 9, 2012

keaslian telefon


boleh tak kalau aku nak cakap jangan jadi keldai handfon? bolehkaN. aku bukan ape rasa macam tertipu je kalo beli fon mahal-mahal tapi kualiti die rendah so jangan jadi keldai ye tapi kalo dah jadi jangan nangis. tips pertama yang perlu korang perlu buat masa kat keldai handfon lagi sebelum handfon tu korang dibeli adalah dengan taip *#06# akan keluar nombor IMEI [International Mobile Equipment Identity] semak nombor IMEI telefon korang dekat kedudukan 7 dan 8

Contoh IMEI aku : 35831604489008
Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 04


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

walaupun murah je handfon aku tapi kualiti die memang dijamin.
JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK

Friday, February 3, 2012

blur

Assalammualaikum
Salam 1 Malaysia

video kat bawah ne aku tujukan kepada ayah-ayah dan lelaki yang bakal bergelar ayah jangan jadi blur mcm lelaki dalam video ne yer..sila fahami anak anda sebagai mana ibu-ibu diluar sane yang sangat memahami anak mereka.






renung-renungkan
selamat berinteraksi....

Tuesday, January 31, 2012

main + budak

assalammualaikum semua,

gambar yang bakal korang tenguk nati sebenarnya aku dapat dari facebook seorang kawan aku memang terperanjat aku tenguk gambar ne, istigfar tak taw la bape kali sebab bayangkan budak kecil pun boleh buat kelakuan mcm ne. kalo tenguk betul-betul gambar ne macam kat korea/jepun sebab tulisan kat kotak tu.

ape yang akak opis aku cite masa die ge cuti kat korea 5 hari 4 malam ari tu kat sane ade 40+ channel kat tv, salah 1 channel die adalah channel 18sx tanpa sekatan so faham-faham je la kan kalo channel tu dah takde sekatan.

w'pun aku belum kawin tapi aku banyak menbaca kat blog2 kat majalah budak zaman sekarang ne cepat belajar dan akan mengikut ape yang kite buat so kalo sape2 yang dah kawin tu kalo nak buat projet tengah mlm nati bagi anak tido dulukalo tak macam ne la jadinya. bahaya bahaya..









Monday, January 30, 2012



Dah hampir 2 minggu kelopak mata ujung sebelah kanan berkedip-kedip. memang tak senang duduk, banyak sangat tanda tanya yela kan org duk jauh dari mak bapak. hari ne baru ade mase nak search kat internet pasal mata berkedip-kedip ne. kalo betul la apa yang alamat ne bagitaw tak sabar nak tunggu berlakunya keajaiban.

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat.Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu.Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat.Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita.Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.


Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan.

Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh.

Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh.

Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan.

Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira dihati

Umbun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

Bibir bawah bergerak = akan menangis.

Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik.

Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan.

Telinga bergerakakan = berkelahi

Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran.

Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

Bahu kiri bergerah-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala.

Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata.

Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia.


yang baik datang dari Allah
dan
yang buruk datang dari diri saya sendiri

Friday, January 27, 2012

Khasiat Buah Pisang





Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi
3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.





Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.





Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”




Kesimpulannya
pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!




Thursday, January 26, 2012

Al-Quran Terbesar Di Dunia Dicipta

Al-Quran Terbesar Di Afghanistan


Sebuah kitab suci Al-quran yang dikatakan terbesar di dunia telah berjaya dihasilkan di ibu kota Afghanistan, Kabul.

Ia secara tidak langsung menunjukkan kepada dunia, walaupun lebih 30 tahun terlibat dalam kancah peperangan, warisan Afghanistan yang kaya dengan budaya belum mampu dimusnahkan secara total.

Penulis khat, Mohammed Sabeer Khedri Hussani, 52, dan sembilan pelatihnya bertungkus-lumus bekerja selama 18 jam sehari, tujuh hari seminggu, untuk mencipta karya agung itu.

Sabeer memberitahu CBS News, Al-Quran tersebut dihasilkan kerana minat dan dia berbangga dengan pencapaiannya.

” Saya sangat gembira apabila ramai yang datang berhimpun setiap hari untuk melihat kaligrafi saya, bangga rasanya,” katanya.

Kitab suci yang berukuran lebih daripada tujuh kaki panjang dan lima kaki lebar itu telah diperakui sebagai Al-Quran terbesar di dunia oleh Kementerian Haji dan Hal Ehwal Agama Afghanistan.

Ia seberat 1,102 paun dan mempunyai 218 muka surat kain serta kertas yang terikat di dalam penutup kulit yang diperbuat daripada 21 ekor kambing.

Sabeer berkata, kitab suci itu menelan belanja sebanyak sejuta dolar untuk dihasilkan.

Ia dibiayai Alhaj Sayed Mansoor Naderi.

Al-Quran tersebut menggabungkan skrip emas dengan berjuta-juta titik kecil yang berwarna-warni, yang membentuk hiasan sangat simbolik di sekitar muka surat gergasi itu.

” Saya mahu menggunakan seberapa banyak yang mungkin warna-warna yang menarik bagi membolehkan ia kelihatan cantik,” kata Hussani.

Kitab suci itu sebenarnya telah siap pada tahun 2009, tetapi disebabkan saiznya, sebuah bilik terpaksa dibina di pusat kebudayaan itu.

Pusat kebudayaan tersebut pada asalnya ditubuhkan sekitar tahun 80an dan pernah menempatkan 50 ribu judul buku, menjadi sebuah pusat perubatan dan sekolah yang mengajar kraf tradisional Afghanistan seperti tenunan permaidani.

Namun sebahagian besar daripada bangunan itu musnah pada tahun 1990 ketika berlakunya perang.

Para pengasas pusat itu telah memulihkan semula bangunan itu sejak kejatuhan kerajaan Taliban pada tahun 2001, dan Al-quran baru itu adalah barang pameran utamanya.


Sumber: mynewshub

Wednesday, January 25, 2012

Lubang + Ajaib

mesti korang tak taw ade beberapa lubang yang wujud kat bumi ni. lubang-lubang yang wujud ne semua ajaib sungguh, MasyaAllah..untuk santapan diwaktu petang yang panas-panas malu nak mendung ne.




Diavik Mine
Canada


The mine is so huge and the area so remote that it has its own airport with a runway large enough to accommodate a Boeing 737. It looks equally cool when the surrounding water is frozen.



Sinkhole
Guatemala


These photos are of a sinkhole that occurred early this year in Guatemala . The hole swallowed a dozen homes and killed at least 3 people.





Great Blue Hole
Belize


This incredible geographical phenomenon known as a blue hole is situated 60 miles off the mainland of Belize ...There are numerous blue holes around the world, but none as stunning as this one.




Bingham Canyon Mine
Utah


This is supposedly the largest man-made excavation on earth. Extraction began in 1863 and still continues today, the pit increasing in size constantly. In its current state the hole is ¾ miles deep and 2.5 miles wide.




Glory Hole - Monticello Dam
California


This is the 'Glory Hole' at Monticello dam, and it's the largest in the world of this type of spillway, its size enabling it to consume 14,400 cubic feet of water every second.





Kimberley Big Hole
South Africa


A glory hole is used when a dam is at full capacity and water needs to be drained from the reservoir




Mirny Diamond Mine
Serbia


I'm pretty sure most people have seen this one. It's an absolute beast and holds the title of largest open diamond mines in the world. At 525 meters deep, with a top diameter of 1200 meters , there's even a no-fly zone above the hole due to a few helicopters having been sucked in.

Thursday, January 19, 2012

coklat + senaman




Jajarkan ke Tengah
korang tahu tak lepas bersenam badan kita kekurangan air dan asid amino? tak tahu kan?
meh sini aku bagitaw

untuk dapat manfat senaman yang kita buat tadi kita kena la minum air yang secukupnya dan minum air yang mengandungi khasiat karbohidrat dan sumber protein yang tinggi. air yang sesuai ialah air coklat. nape aku cakap air coklat? sebab lepas bersenam badan kita memerlukan asid amino untuk memperbaiki tisu otot. salah satu pilihan yang bijak ialah minum air coklat.
jom kita amalkan.

Wednesday, January 18, 2012

Pelukan + Nikmat

Entah la mimpi ape hari ne tetiba nak baca surat khabar pulak pagi-pagi kat opis mungkin sebab malas nak start buat keja kot. walaupun surat khabar semalam tapi aku baca je buat bodoh bukan orang taw pun cume kalo ade info aku share la dengan dak opis aku macam yang aku nak share ari ne dengan korang mengenai kenikmatan yang sekejap tapi meninggalkan kesan dalam hidup kita, ceh!! ayat tak boleh belar beb..


mengikut kajian, pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual. ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan

Pandangan :

lelaki
pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual

wanita
Pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetian pasangan.


info yang aku dapat

gelombang otak akan menjadi lebih tenang lalu mengurangkan stres dan kerisauan

suami isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10minit. ia harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan seks

pasangan kena mempraktikan ungkapan-ungkapan kasih sayang sekurang-kurangnya 7 kali sehari

kena panggil pasangan kita dengan panggilan yang hebat like 'abg' 'sayang'

pelukan juga akan membuatkan hubungan yang lebih mesra, dekat dan intim



kepada wife n hubby yang baca entry aku lepas ne boleh la praktikan kat pasangan korang yer baru la lebih mesra..